Deep State
Pengenalan
Konsep deep state turut difahami dengan ‘kuasa di sebalik kuasa’, ‘daulah terpendam’ atau ‘kerajaan tidak rasmi’. Deep state merupakan satu bentuk struktur kuasa oleh pelbagai pihak di luar kerajaan yang memegang kuasa sebenar di dalam sesebuah negara. Deep state juga berada di luar kawalan negara, tetapi terlindung oleh polisi dan undang-undang kerajaan.
Etimologi
Istilah "Deep State" berasal daripada terma bahasa Turki, Derin Devlet yang mana dikatakan konsep politik Amerika yang dipinjam daripada sejarah Turki.
Definisi Deep State
Deep State adalah kuasa sebenar yang memerintah negara, oleh pihak atau entiti yang boleh membawa agenda Yahudi-Zionis di peringkat negara dan antarabangsa, melalui kawalan ke atas sistem (nizom) yang mengawal sumber dan pengupayaan nasional, mempunyai proksi (amil) yang akan menjadi pelaksana serta mempunyai kawalan kuasa yang berterusan tanpa mengira perubahan landskap negara.
Definisi Aktor Deep state
Aktor deep state adalah dalang utama atau penggerak (bersama rantaian proksinya) yang memiliki agenda ideologi tertentu (Yahudi-Zionis), yang bertindak menguasai dan memanipulasi sumber serta keupayaan sesebuah negara secara berterusan demi kepentingan agenda Yahudi-Zionis di peringkat domestik dan global.
Indikator Deep state
Berikut adalah indikator deep state sebagai sebuah gerakan yang bersistem:
- Kuasa: Kuasa sebenar yang mengawal negara. Memiliki kuasa mengawal Sumber dan Pengupayaan.
- Aktor yang membawa agenda Yahudi Zionis.
- Modus Operandi yang membawa kawalan kepada sumber dan pengupayaan Kuasa Nasional.
- Skala Kuasa yang mendalam (kuasa seluruh negara) dan meluas (dokongan jaringan antarabangsa).
- Memiliki Proksi Pelaksana dalam Agenda Kawalan
- Legasi Kuasa berterusan.
Indikator Aktor Deep state
Berikut adalah indikator untuk mengesan kewujudan dan pergerakan aktor deep state tersebut:
- Pemikiran: Ideologi Anglophile (Liberty, Equality, Fraternity- Masonik)
- Keturunan: Bloodline cina/India peranakan/elit Melayu atau kelompok aristokrat mengikut aspek bangsa
- Institusi Pendidikan: Mendapat pendidikan di institusi pendidikan elit Anglophile
- Keanggotaan Fraternity: Keanggotaan organisasi atau kelab elit dan rahsia yang bersifat Fraternity.
- Pegangan Saham: Mengawal pegangan saham dan monopoli sumber (modal, alam, manusia)
- Jaringan: Memiliki jaringan dan dokongan yang besar dan kuat bagi menjaga kuasa dari sudut nasional, serantau, antarabangsa
- Proksi: Memiliki pelaksana/tentera/operator dalam institusi-institusi strategik negara.
- Campur tangan/Intervention: Menjadi figura nasional dalam menyelesaikan isu-isu kritikal negara. (Campur tangan/intervention dalam isu kritikal negara)
- Komplot/Deal rahsia: Pernah melakukan perjanjian/deal dengan elit global atau aktor deep state lain di Malaysia.
- Power durability: Memiliki fungsi dan peranan kuasa di sebalik tabir yang berterusan. Kuasa di sebalik tabir. Tidak berubah dengan perubahan landskap negara
Jaringan & Struktur Deep state
Deep state bukan sekadar satu teori, sebaliknya ia beroperasi dalam kerangka struktur yang tersusun, mempunyai autonomi, sistem hierarki, serta peraturan khusus yang mengikat para aktor di dalamnya. Seperti entiti kerajaan rasmi, deep state dianggotai oleh pelbagai kelompok yang terlibat dalam perebutan kuasa demi mengekalkan agenda tersendiri (Mérieau, 2016). Struktur ini dapat dilihat dalam beberapa bentuk iaitu:
Pakatan Institusi Keselamatan dan Kehakiman (Contoh: Thailand)
Struktur ini melibatkan rangkaian tersusun antara institusi keselamatan (tentera dan polis) serta badan kehakiman yang memiliki autonomi khusus. Di Thailand, keupayaan aktor-aktor daripada pelbagai institusi ini untuk mempertahankan, membangunkan, dan melanjutkan legasi kekuasaan mereka berpunca daripada penggunaan "keabsahan diraja" sebagai perisai pelindung (Mérieau, 2016).
Naungan Kelompok Autokratik-Jenayah (Patronage)
Struktur ini diketuai oleh seorang penaung (patron) daripada kelompok autokratik yang memegang autoriti dalam institusi politik atau agensi kerajaan. Kepimpinan kelompok ini lazimnya diterajui oleh pegawai tinggi pasukan keselamatan (seperti polis dan tentera) yang menjalin pakatan dengan organisasi jenayah terancang (Söyler, 2015).
Hibrid: Kapitalis-Kewangan (Contoh: Amerika Syarikat)
Terdapat kajian yang mendapati bahawa deep state boleh wujud sebagai satu elemen hibrid di dalam kerajaan. Dalam struktur ini, ia berada di kedudukan teratas industri kewangan yang memerintah tanpa memerlukan persetujuan rasmi daripada badan pemerintahan negara. Hibrid bermaksud percampuran atau gabungan antara dua entiti yang berbeza. Struktur sedemikian dilihat wujud dalam model deep state di Amerika Syarikat, sebuah negara demokrasi di mana sektor ekonomi yang dikuasai oleh golongan kapitalis dan syarikat bertaraf antarabangsa memiliki dominasi yang sangat kuat di dalam negara tersebut (Lofgren, 2016).
Dominasi Institusi Rasmi Kerajaan (Contoh: Mesir dan Turki)
Di sesetengah negara, deep state didapati mempunyai struktur yang dicirikan oleh dominasi sesebuah institusi rasmi kerajaan ke atas badan-badan lain di dalam negara tersebut:
- Mesir (Dominasi Ketenteraan): Fenomena deep state di Mesir wujud sebagai satu jaringan kuasa yang terbentuk antara institusi-institusi penting kepada Republik Mesir, termasuklah badan eksekutif, parlimen, dan badan kehakiman, yang kesemuanya didominasi oleh institusi ketenteraan. Pihak tentera, yang diketuai oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir (SCAF), memperkukuh penguasaan mereka melalui pemilikan terhadap pelbagai institusi perniagaan seperti hospital, kelab, restoran, kilang, dan hotel. Melalui penguasaan ini, institusi tentera Mesir dianggarkan mengawal hampir 40% daripada keseluruhan ekonomi negara (Zibaei, 2019).
- Turki (Dominasi Ketenteraan): Contoh yang sama turut berlaku di Turki yang melibatkan dominasi oleh institusi tentera. Institusi tentera Turki melebarkan sayap penguasaan mereka ke atas institusi-institusi kerajaan Turki yang lain dengan memanfaatkan saluran undang-undang atau gerakan sivil (Waldman & Caliskan, 2019)
Monopoli Elit dan Dinasti (Contoh: Mesir dan Pakistan)
Struktur deep state juga boleh dipegang atau dimonopoli oleh sebuah kelompok elit tertentu, seperti yang diperlihatkan dalam kes yang sama seperti di Mesir dan Pakistan:
- Mesir (Elit Keselamatan): Dominasi ketenteraan berakar umbi daripada Revolusi 1952 yang digerakkan oleh Free Officers Movement. Rentetan daripada peristiwa itu, jawatan Presiden Mesir sehingga tahun 2011 secara berterusan dimonopoli oleh kelompok elit Pegawai Tentera Muda seperti Gamal Abdel Nasser (Zibaei, 2019).
- Pakistan (Dinasti Elit dan Agensi Perisikan): Struktur deep state dikuasai oleh keluarga elit yang menggunakan institusi autonomi negara sebagai proksi. Agensi Inter-Services Intelligence (ISI) muncul sebagai kuasa politik paling dominan dalam memandu dasar domestik dan antarabangsa hasil koordinasi strategik antara sayap perisikan Tentera Darat, Tentera Laut, dan Tentera Udara (Winchell, 2003).
Monopoli institusi kerajaan dan mafia
Struktur deep state juga boleh dimonopoli secara bersama oleh institusi kerajaan dan kumpulan mafia, sebuah fenomena yang lazimnya berlaku dalam sistem negara autokratik. Penglibatan gabungan kelompok autokratik kerajaan dan mafia ini memberikan impak secara langsung kepada landskap politik serta masyarakat awam.
- Kelompok Autokratik Kerajaan: Bergerak di dalam sistem rasmi negara dan mempunyai akses khusus kepada aspek kerahsiaan. Mereka mengumpul sokongan politik serta meluaskan pengaruh secara langsung dengan mengeksploitasi hubungan hierarki.
- Kelompok Mafia: Bergerak dan beroperasi dalam kalangan masyarakat awam.
Dalam struktur hibrid ini, kelompok autokratik kerajaan itu sendiri turut dianggap sebagai sebuah institusi jenayah separa rasmi. Walaupun mereka bergerak dalam skala operasi yang besar di dalam instrumen negara, kedudukan ini menyebabkan operasi-operasi yang dijalankan oleh mereka tidak terikat dengan lunas undang-undang yang sah (Söyler, 2015).
Konsep lain yang hampir dengan deep state di negara-negara terpilih
Shadow State
Shadow State atau kerajaan bayangan merujuk kepada kewujudan struktur kuasa tidak rasmi yang beroperasi di sebalik kerajaan yang sah, malah dalam beberapa keadaan, mempunyai autoriti dan pengaruh yang mengatasi agensi kerajaan rasmi. Aplikasi kepada konsep shadow state ini dilihat jelas dalam kerajaan Indonesia pasca kejatuhan Soeharto pada tahun 1998 yang membawa kepada ketidakstabilan Republik Indonesia. Peranan keluarga dalam pentadbiran dan politik tidak kelihatan terlalu jelas sebelum tahun 1998 disebabkan gaya pemerintahan autokratik Soeharto. Pada ketika itu, dinasti Soeharto dan kroninya terlalu berkuasa sehingga mana-mana pihak yang ingin menduduki posisi strategik negara memerlukan semacam bentuk perkenan daripada mereka. (Sopian, 2014)
Walau bagaimanapun, kejatuhan Soeharto dan pengesahan undang-undang pilihan raya tempatan pada tahun 2004 telah melonjakkan kemunculan entiti local strongmen (orang kuat tempatan) serta dinasti keluarga dalam politik Indonesia. Aktor-aktor ini mula membina pengaruh dan bersaing untuk melegitimasi kekuasaan mereka, sekali gus membentuk jaringan kuasa tidak rasmi di sebalik kerajaan rasmi Republik Indonesia.
Di Indonesia, modus operandi shadow state dizahirkan secara nyata melalui kemunculan beberapa dinasti politik tempatan, seperti keluarga Sochib di Banten, keluarga Limpo di Sulawesi Selatan, dan keluarga Sjachroedin di Lampung. Jaringan elit ini bukan sahaja mengamalkan rasuah dan nepotisme, malah memanipulasi proses pilihan raya bagi memonopoli kekuasaan politik serta kekayaan negara demi kepentingan peribadi, sekali gus membiarkan rakyat jelata terperangkap dalam kemiskinan.
Selain itu, pelbagai kaedah penguasaan lain turut dikesan. Sebagai contoh, dinasti keluarga Sochib di Banten yang diterajui oleh Chasan Sochib muncul sebagai oligarki tempatan paling dominan. Sejak tahun 1960, kelompok ini telah membina kekuatan persenjataan berasaskan peranan mereka sebagai penyedia kawalan keselamatan bagi perdagangan jagung dan beras di Jawa serta Sumatra (Sopian, 2014). Hubungan akrab dengan pihak tentera dan pentadbiran Jawa Barat turut membolehkan dinasti ini menguasai pelbagai projek pembangunan mega. Pengaruh Chasan Sochib diperkukuh menerusi kepimpinannya dalam kumpulan persenjataan dan persatuan seni bela diri terbesar di wilayah itu, yang dilaporkan memiliki sekitar 500,000 ahli di 15 buah daerah. Kemuncak penguasaan beliau terbukti apabila menyandang jawatan Pengerusi Persatuan Pendekar Persilatan dan Seni Budaya Banten-Indonesia (PPPSBBI). Walaupun tidak terikat secara formal, legasi dinasti keluarga Sochib ini terus dipertahankan melalui jalinan kerjasama dengan parti Golkar (Sopian, 2014).
Chaebol
Chaebol merupakan konglomerat Korea Selatan iaitu dinasti keluarga yang terdiri daripada 30-50 syarikat persendirian yang memonopoli pelbagai industri sehingga boleh menjadi terlalu besar dan berada di luar kawalan negara. Chaebol turut digambarkan sebagai kelompok elit ekonomi, industri gergasi, dan kapitalis (Albert, 2018). Ciri-ciri yang dapat dilihat pada chaebol ini adalah berdasarkan pemilikan keluarga, kawalan dan pengurusan yang sangat meluas. Chaebol ini berada di bawah kesatuan kawalan entiti tunggal yang diketuai oleh chongsu sebagai pembuat keputusan walaupuan tanpa jawatan rasmi dan tidak memiliki saham syarikat (Boje & Toh, 2006). Terdapat empat konglomerat/chaebol terbesar iaitu syarikat Samsung Group, SK Group, Hyundai Motor dan LG yang menguasai 70% pasaran modal di Korea Selatan. Modus operandi chaebol dalam memastikan kelangsungan tenaga kerja dan membina jaringan proksi dapat dilihat melalui rekrutmen dalam pendidikan dari sekolah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Sebagai contoh, graduan daripada tiga universiti utama di Korea iaitu Universiti Kebangsaan Seoul, Universiti Yonsei dan Universiti Korea sahaja telah mewakili sebanyak 84% dari keseluruhan jawatan eksekutif chaebol. Perluasan kuasa chaebol telah berlaku apabila kerajaan Korea Selatan cuba untuk mengawal mereka dengan melibatkan chaebol dalam kes mahkamah, tetapi chaebol berjaya merekrut kelompok penjawat awam dan bekas hakim sama ada secara rasmi atau tidak rasmi untuk mempertahankan dan memastikan keputusan mahkamah berpihak kepada chaebol.
Kongsi & Triad
Kongsi merupakan sebuah konsep sosio-politik masyarakat Cina di Asia sama ada di tanah besar China, mahupun negara-negara yang dihuni oleh diaspora Cina di serata dunia. Triad pula adalah suatu bentuk perkumpulan kongsi yang terlibat dengan jenayah bersifat militia. Bagi Barat, kongsi sebagai perkumpulan, syarikat kerjasama, atau kumpulan politik yang besar di kawasan perlombongan melibatkan petani dan pelombong Cina. Memahami hakikat sebenar kehidupan sosio-politik masyarakat Cina kongsi adalah ‘open government’ atau sebuah pemerintahan kerajaan terbuka yang telah wujud sejak kurun ke-19 lagi dalam menguruskan pentadbiran masyarakat Cina (Wang, 1977). Konsep Triad pula adalah perkumpulan kongsi yang terlibat dalam jenayah militia, yang turut dikenali sebagai secret societies atau hui turut mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan kongsi. Mereka dibentuk atas dasar persaudaraan atau brotherhood yang diikat dengan ritual-ritual tertentu (Purbrick, 2019). Struktur tertinggi kongsi adalah majlis pemerintah yang dianggotai beberapa kapitan. Struktur triad boleh dilihat dalam kumpulan kongsi gelap yang terkenal dalam sejarah Tanah Melayu iaitu Gee Hin dan Hai San. Mereka memenuhi kriteria sebagai sebuah triad dengan memiliki persenjetaan dan ketenteraan. Pengharaman British terhadap kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini telah menjadikan kumpulan ini berevolusi menjadi pelbagai bentuk organisasi termasuklah pertubuhan kebudayaan Cina, dewan perniagaan Cina, syarikat-syarikat perniagaan dan parti-parti politik tetapi masih mengekalkan ciri-ciri triad. Malah wujud kerjasama antara organisasi triad dengan perniagaan dan parti politik untuk menjaga kepentingan masing-masing. Struktur pemerintahan masyarakat Cina masih dianggap kekal sejak dahulu walaupun telah berevolusi dalam pelbagai bentuk organisasi. Gerakan kumpulan kongsi-triad ini telah berkembang ke peringkat antarabangsa dan merentasi sempadan antara negara dengan terlibat dalam syarikat untuk mendapatkan penguasaan ekonomi. Mereka turut memberi rasuah kepada pegawai kerajaan dan parti politik untuk meneruskan kelangsungan jenayah. Mereka juga memiliki kapasiti memberikan perlindungan keselamatan setanding dengan institusi tentera kepada ahli perniagaan dan syarikat swasta.
Secret societies
Hubungan jaringan sosial berterusan yang menghubungkan ahli secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti-aktiviti rahsia yang berkaitan.