Kongsi

From IRISwiki
Jump to navigation Jump to search

Definisi[edit | edit source]

Asal perkataan "kongsi" berasal dari bahasa Mandarin (Gōngsī), secara literal bermaksud "syarikat" atau "kerjasama".

Asal Usul[edit | edit source]

Pada abad ke-18 dan ke-19, kongsi ditubuhkan sebagai persatuan kebajikan, sosial, dan ekonomi oleh imigran Cina yang merantau ke Asia Tenggara (termasuk Tanah Melayu). Mereka berkumpul mengikut dialek (Hokkien, Kantonis, Hakka, dll.) atau kawasan asal di China. Tujuan persatuan ini adalah untuk membantu ahlinya menyesuaikan diri di tempat baharu, menyediakan pekerjaan (terutamanya dalam sektor perlombongan bijih timah dan pertanian), menguruskan penempatan, dan menjaga kebajikan. Disebabkan persaingan merebut kawasan lombong bijih timah dan kawalan ekonomi (seperti Perang Larut di Perak), kongsi mula mempersenjatai diri. Mereka bertukar menjadi organisasi rahsia yang ganas untuk mempertahankan kepentingan masing-masing, yang akhirnya dikenali oleh pihak British sebagai "Kongsi Gelap" (Secret Societies).