Fabian Society
Pengenalan[edit | edit source]
Gerakan ini memainkan peranan besar dalam melaksanakan strategi Yahudi untuk mempengaruhi dan melahirkan pemimpin negara seluruh dunia berdasarkan kerangka dan pemikiran mereka. Para pimpinan yang direkrut akan ditaja pengajian mereka oleh Rockefeller di pusat pendidikan mereka seperti London School of Economics (LSE). Ramai pimpinan Tanah Melayu dahulu sama ada bangsa Melayu, Cina dan India telah dipengaruhi idea Fabianist hasil rekrutmen tajaan pendidikan yang dibuat oleh mereka. Pengaruh Fabian Society ini juga berkembang di Tanah Melayu melalui Anthony Burgees yang merupakan tenaga pengajar di Malay College of Kuala Kangsar (MCKK). Selain pendidikan, Fabian Society turut mempengaruhi perancangan ekonomi di Tanah Melayu melalui Dasar Ekonomi Baharu (DEB) oleh James Putucheary dan Abdullah Majid. Jame Putucheary merupakan seorang komunis dan antara pengasas People Action's Party (PAP). Pimpinan-pimpinan dalam PAP juga ramai yang berhubung secara langsung dengan Fabian Society. Kini, penerusan perjuangan mereka disambung oleh Democratic Action Party (DAP) yang juga berasal daripada PAP. (IRIS Institute, 2015)
Latar Belakang[edit | edit source]
Fabian Society telah ditubuhkan pada tahun 1883 atau 1884 dan merupakan political think tank yang tertua di United Kingdom. Nama Fabian Society ini berasal daripada nama Jeneral Rom iaitu Quintus Fabius atau digelar The Contuctor (yang menangguh) kerana strategi perangnya yang berhati-hati dan menyerang pada masa yang tepat. Gerakan ini membawa ideologi sosialisme-komunis dan juga liberalisme-kapitalis. Ia diasaskan oleh sekumpulan sosialis yang kaya seramai 17 orang untuk membincangkan "Fellowhip of the New Life" yang merupakan tulisan Thomas Davidson. Individu utama daripada kumpulan ini turut dikenali sebagai The Big Four. Tujuan penubuhan ini adalah untuk mencipta monastic order iaitu satu aturan kehidupan baharu yang tunduk di bawah satu ikrar keagamaan yang baharu. Antara ahli kumpulan sosialis tersebut adalah: (IRIS Institute, 2015)
- George Bernard Shaw (1864-1926); merupakan atheis yang berideologi marxist
- Graham Wallas; cendikiawan
- Sidney James Webb (1859-1947); seorang pengamal sosialis yang berpengaruh di British
- Sidney Oliver
- Edward Pease
- Havelock Ellis
- Frank Podmore
- Annie Besant
- John Galsworthy
- R.H Tawney
- G.D.H Cole
- Harold Laski
- Israel Zangwill (1864-1926); penulis berbangsa Yahudi
- Israel Cohen; penulis berbangsa Yahudi