Deep State
Pengenalan
Konsep deep state turut difahami dengan ‘kuasa di sebalik kuasa’, ‘daulah terpendam’ atau ‘kerajaan tidak rasmi’. Deep state merupakan satu bentuk struktur kuasa oleh pelbagai pihak di luar kerajaan yang memegang kuasa sebenar di dalam sesebuah negara. Deep state juga berada di luar kawalan negara, tetapi terlindung oleh polisi dan undang-undang kerajaan.
Etimologi
Istilah "Deep State" berasal daripada terma bahasa Turki, Derin Devlet yang mana dikatakan konsep politik Amerika yang dipinjam daripada sejarah Turki.
Definisi Deep State
Deep State adalah kuasa sebenar yang memerintah negara, oleh pihak atau entiti yang boleh membawa agenda Yahudi-Zionis di peringkat negara dan antarabangsa, melalui kawalan ke atas sistem yang mengawal sumber dan pengupayaan nasional, mempunyai proksi (anglophile) yang akan menjadi pelaksana serta mempunyai kawalan kuasa yang berterusan tanpa mengira perubahan landskap negara.
Definisi Aktor Deep state
Indikator Deep state
- Pemikiran: Ideologi Anglophile (Liberty, Equality, Fraternity- Masonik)
- Keturunan: Bloodline cina/India peranakan/elit Melayu atau kelompok aristokrat mengikut aspek bangsa
- Institusi Pendidikan: Mendapat pendidikan di institusi pendidikan elit Anglophile
- Keanggotaan Fraternity: Keanggotaan organisasi atau kelab elit dan rahsia yang bersifat Fraternity.
- Pegangan Saham: Mengawal pegangan saham dan monopoli sumber (modal, alam, manusia)
- Jaringan: Memiliki jaringan dan dokongan yang besar dan kuat bagi menjaga kuasa dari sudut nasional, serantau, antarabangsa
- Proksi: Memiliki pelaksana/tentera/operator dalam institusi-institusi strategik negara.
- Campur tangan/Intervention: Menjadi figura nasional dalam menyelesaikan isu-isu kritikal negara. (Campur tangan/intervention dalam isu kritikal negara)
- Komplot/Deal rahsia: Pernah melakukan perjanjian/deal dengan elit global atau aktor deep state lain di Malaysia.
- Power durability: Memiliki fungsi dan peranan kuasa di sebalik tabir yang berterusan. Kuasa di sebalik tabir. Tidak berubah dengan perubahan landskap negara
Konsep Deep state di negara-negara terpilih
Shadow State di Indonesia
Shadow State atau kerajaan bayangan merujuk kepada kewujudan struktur kuasa tidak rasmi yang beroperasi di sebalik kerajaan yang sah, malah dalam beberapa keadaan, mempunyai autoriti dan pengaruh yang mengatasi agensi kerajaan rasmi. Aplikasi kepada konsep shadow state ini dilihat jelas dalam kerajaan Indonesia pasca kejatuhan Soeharto pada tahun 1998 yang membawa kepada ketidakstabilan Republik Indonesia. Peranan keluarga dalam pentadbiran dan politik tidak kelihatan terlalu jelas sebelum tahun 1998 disebabkan gaya pemerintahan autokratik Soeharto. Pada ketika itu, dinasti Soeharto dan kroninya terlalu berkuasa sehingga mana-mana pihak yang ingin menduduki posisi strategik negara memerlukan semacam bentuk perkenan daripada mereka. (Sopian, 2014)
Walau bagaimanapun, kejatuhan Soeharto dan pengesahan undang-undang pilihan raya tempatan pada tahun 2004 telah melonjakkan kemunculan entiti local strongmen (orang kuat tempatan) serta dinasti keluarga dalam politik Indonesia. Aktor-aktor ini mula membina pengaruh dan bersaing untuk melegitimasi kekuasaan mereka, sekali gus membentuk jaringan kuasa tidak rasmi di sebalik kerajaan rasmi Republik Indonesia.
Dalam konteks politik Indonesia di bawah pentadbiran Presiden Soeharto, konsep shadow state termanifestasi melalui struktur piramid yang sangat berpusat. Sistem ini menggabungkan autoriti rasmi negara dengan jaringan tidak rasmi berasaskan hubungan kekeluargaan (nepotisme) dan pakatan perniagaan-politik (kronisme).
Struktur hierarki shadow state di Indonesia terbahagi kepada empat lapisan utama:
1. Entiti Penguasa Tunggal: Soeharto
Di puncak hierarki, Soeharto sebagai penguasa tunggal yang memegang kawalan mutlak ke atas seluruh instrumen negara. Beliau berfungsi sebagai patron tertinggi yang menentukan hala tuju dasar ekonomi, pelantikan politik, dan pengagihan konsesi perniagaan. Segala keputusan strategik negara baik rasmi mahupun tidak rasmi memerlukan restu atau perkenan langsung daripada beliau bagi memastikan kestabilan rejim (Sopian, 2014; Robison & Hadiz, 2004).
2. Ahli Keluarga: Dinasti Cendana
Lapisan kedua dikuasai oleh ahli keluarga terdekat Soeharto, yang sering dirujuk dalam sosiologi politik Indonesia sebagai Keluarga Cendana (sempena nama jalan kediaman peribadi mereka). Anak-anak Soeharto (seperti Siti Hardiyanti Rukmana/Tutut, Sigit Harjojudanto, dan Hutomo Mandala Putra/Tommy) diberikan akses istimewa kepada monopoli industri utama, projek infrastruktur mega, dan kemudahan kredit bank negara. Kehadiran mereka berfungsi sebagai pelindung komersial di sebalik tadbir urus rasmi (Crouch, 2010; Elson, 2001).
3. Kerabat dan Kenalan Terdekat: Konglomerat Kroni
Lapisan ini terdiri daripada rangkaian usahawan etnik Cina (seperti Liem Sioe Liong/Sudono Salim dan Bob Hasan) serta sekutu tentera yang rapat dengan Soeharto sejak awal kerjaya ketenteraannya. Hubungan ini berasaskan patronage-clientelism: Soeharto memberikan perlindungan politik dan hak monopoli perniagaan eksklusif, manakala para kroni menguruskan dana kewangan luar belanjawan (off-budget funds) yang digunakan untuk membiayai operasi politik rejim (Robison, 2009).
4. Ketua Masyarakat, Pertubuhan, dan Institusi Kerajaan
Di peringkat akar umbi dan pelaksana, struktur ini disokong oleh birokrat penurut, pimpinan parti pemerintah (Golkar), pihak tentera (melalui doktrin Dwifungsi ABRI), serta pertubuhan separa tentera (seperti Pemuda Pancasila). Institusi-institusi rasmi negara ini digunakan sebagai perkakas untuk mengabsahkan kehendak penguasa tunggal, mengawal sebarang penentangan awam, dan memastikan rantaian kesetiaan daripada peringkat bawah terus mengalir ke puncak hierarki (Hadiz, 1997).
- Chaebol: Dinasti keluarga yang memonopoli industri ekonomi ini memberi satu sudut pandang tentang bagaimana kapasiti sumber kuasa ekonomi boleh menjadi terlalu besar sehingga berada di luar kawalan negara
- Kongsi & triad: Kongsi merupakan sebuah konsep sosio-politik masyarakat Cina di Asia sama ada di tanah besar China, mahupun negara-negara yang dihuni oleh diaspora Cina di serata dunia. Triad adalah suatu bentuk perkumpulan kongsi yang terlibat dengan jenayah bersifat militia.
- Secret societies: Hubungan jaringan sosial berterusan yang menghubungkan ahli secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti-aktiviti rahsia yang berkaitan.
Ekosistem deep state
Ekonomi
Politik/Pentadbiran