Malayan Chinese Association (MCA)
Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) adalah bertujuan untuk memisahkan pengaruh komunis daripada orang Cina. Penubuhan ini telah dicadangkan oleh Henry Gurney pada Februari 1949 yang merupakan Pesuruhjaya Tinggi British yang baharu dilantik. Sebelum itu, Henry merupakan ketua setiausaha kerjaan British di Palestin yang bertanggungjawab dalam rancangan mewujudkan negara haram Israel menerusi pemisahan kawasan Palestin dan Israel. British merasa bimbang dengan perhubungan Parti Kuomintang di Tanah Melayu dengan Tanah Besar China kemudian mengharamkan parti ini dan mencadangkan penubuhan MCA. Pimpina utama dalam MCA merupakan ahli berpengaruh Parti Kuomintang. Antara pimpinan terawal MCA ialah Tan Cheng Lock, Lee Hau Shik, Lau Pak Kwan, Ong Keng Seng dan Wong Shee Foon. Mereka ini menjawat posisi penting dalam kerajaan seperti Menteri Kewangan, Menteri Buruh dan Perusahaan. Walaupun mereka telah menyertai MCA, tetapi mereka masih mengekalkan budaya, ideologi dan politik daripada Parti Kuomintang.