Kerangka IRIS Institute

From IRISwiki
Revision as of 10:30, 1 April 2026 by Adminwiki01 (talk | contribs)
Jump to navigation Jump to search

Bagi memahami kerangka kuasa IRIS Institute, terma-terma berikut perlu difahami dalam konteks pemahaman yang sama. Hal ini supaya masalah kekeliruan dan ketidakselarasan dalam memahami kerangka IRIS Institute dapat dielakkan. Justeru, ini merupakan panduan asas sebelum mendalami kerangka-kerangka IRIS yang lain.

Kenapa perlu membangunkan kerangka?

Berikut adalah persoalan mengenai pembangunan kerangka seperti Power Game, Struktur, dan Metastruktur:

1. Konflik Antara Agensi Manusia vs Kawalan Struktur

  • Persoalan Teras: Sejauh mana individu mempunyai kapasiti untuk bertindak secara bebas (human agency) berbanding tekanan atau kawalan sistem global (NWO/Deep State).
  • Jika NWO dianggap mengawal segalanya, adakah ini bermakna manusia sudah langsung tidak mempunyai agensi atau ruang untuk melepaskan diri?

2. Keperluan Membina Pendirian (Stance) yang Jelas

  • Sejauh mana pendirian IRIS membezakan analisis dengan teori konspirasi NWO biasa.
  • Walaupun mengakui kewujudan Deep State atau One World Government, kerangka ini mesti mampu menjawab persoalan teknikal seperti:
    • Kes Iran-Israel: Benarkah mereka hanya "mirroring" dalam peta NWO yang lebih besar?
    • Penchinaan/BRI: Adakah ia sekadar agenda nasional China atau sebenarnya berkhidmat untuk elit global?

3. Ketegasan Ilmiah dan Epistemologi

  • Kerangka yang baik bukan sekadar "kebetulan" dapat menerangkan realiti dengan cantik.
  • Ia mestilah dibina atas epistemologi (dasar ilmu) dan premis yang benar serta berasas.
  • Tujuannya adalah untuk menunjukkan bahawa analisis ini mempunyai 'perbualan' dengan sarjana lain (tidak terpencil), namun tetap mempunyai perincian yang unik dan berbeza.

4. Pengaruh Teori Sistem (Mungkar Akbar)

  • Mengambil inspirasi daripada teori Syed Qutb mengenai sistem Taghut yang mendominasi tindakan manusia.
  • Keutamaan: Membetulkan sistem pemikiran dan sistem dunia adalah lebih utama (aula) berbanding hanya membetulkan isu-isu kecil atau terbitan (juzuk).
  • Dunia kini berada dalam tahap hegemoni di mana manusia hidup mengikut aturan sistem tersebut, sama ada mereka mahu atau tidak.

5. Integrasi dengan Konsep Wahyu

  • Teori dominasi sistem ini perlu diselaraskan dengan konsep Kehendak Bebas (Free Will) dan pilihan yang dikurniakan Allah.
  • Prinsip asasnya merujuk kepada janji Allah bahawa nasib sesuatu kaum tidak akan berubah melainkan mereka sendiri yang mengubah apa yang ada dalam diri mereka (Agensi Manusia).

Apa itu falsafah?

Apa itu kerangka?

Kerangka Ontologi Kuasa

Kerangka Analisis

  1. Level of Analysis
  2. Unit of Analysis

5 Lapisan Kuasa

World Order

Projek Antarabangsa

Projek Serantau

Projek Nasional

Projek Leader

Apa itu teori?

Apa itu sistem?

Apa itu method?