Parti Komunis Malaya

From IRISwiki
Revision as of 21:20, 19 September 2023 by Fathiah (talk | contribs)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to navigation Jump to search

Kemunculan fahaman Komunis di Tanah Melayu bermula apabila Sun Yat Sen telah meminta bantuan Vladimir Lenin yang merupakan revolusioner yang berfahaman Komunis di Rusia. Lenin telah menghantar Mikael Borodin sebagai penasihat kem tentera Kuomintang iaitu Akademi Ketenteraan Whampoa. Fahaman Komunis ini telah berjaya meresapi Kuomintang sehingga lahirnya Parti Komunis China. Strategi open front komunis menguasai Tanah Melayu adalah dengan melalui penyusupan ke dalam organisasi yang sah untuk mewujudkan negara komunis secara berperlembagaan dengan menguasai bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang. Antara organisasi yang sah dikuasai komunis adalah kesatuan pekerja, New Democratic Youth League, Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) Old Comrade, Malayan Democratic Union (MDU). Penubuhan MDU dan ahlinya oleh anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang terdiri daripada Gerald de Cruz (pengasas), Lim Hong Bee, Samad Ismail dan CV Devan Nair. Mereka ini juga terlibat dalam penubuhan People Action Party (PAP) dan Democratic Action Party (DAP).

PKM telah merancang untuk membentuk sebuah barisan bersatu (united front) yang dianggotai oleh Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), MDU dan Dewan Perniagaan Cina yang dikenali sebagai Pan Malayan Council Joint Action (PMCJA). Gabungan ini turut disertai oleh gerakan komunis yang lain iaitu PUTERA, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Angkatan Pemuda Insaf (API). Perbezaan gerakan ini adalah kerana strategi front yang digunakan komunis untuk mencapai sasaran pelbagai peringkat penduduk atau rakyat Tanah Melayu ketika itu. Kerjasama setiap gerakan ini telah berjaya melaksanakan boikot ekonomi besar-besaran yang dikenali sebagai hartal. (IRIS Institute, 2015)