Deep State: Difference between revisions
No edit summary |
No edit summary |
||
| Line 24: | Line 24: | ||
# Power durability: Memiliki fungsi dan peranan kuasa di sebalik tabir yang berterusan. Kuasa di sebalik tabir. Tidak berubah dengan perubahan landskap negara | # Power durability: Memiliki fungsi dan peranan kuasa di sebalik tabir yang berterusan. Kuasa di sebalik tabir. Tidak berubah dengan perubahan landskap negara | ||
== Konsep | == Konsep lain yang hampir dengan ''deep state'' di negara-negara terpilih == | ||
=== '''[[Shadow State]] di Indonesia''' === | === '''[[Shadow State|''Shadow State'']] di Indonesia''' === | ||
''Shadow State'' atau kerajaan bayangan merujuk kepada kewujudan struktur kuasa tidak rasmi yang beroperasi di sebalik kerajaan yang sah, malah dalam beberapa keadaan, mempunyai autoriti dan pengaruh yang mengatasi agensi kerajaan rasmi. Aplikasi kepada konsep shadow state ini dilihat jelas dalam kerajaan Indonesia pasca kejatuhan Soeharto pada tahun 1998 yang membawa kepada ketidakstabilan Republik Indonesia. Peranan keluarga dalam pentadbiran dan politik tidak kelihatan terlalu jelas sebelum tahun 1998 disebabkan gaya pemerintahan autokratik Soeharto. Pada ketika itu, dinasti Soeharto dan kroninya terlalu berkuasa sehingga mana-mana pihak yang ingin menduduki posisi strategik negara memerlukan semacam bentuk perkenan daripada mereka. (Sopian, 2014) | ''Shadow State'' atau kerajaan bayangan merujuk kepada kewujudan struktur kuasa tidak rasmi yang beroperasi di sebalik kerajaan yang sah, malah dalam beberapa keadaan, mempunyai autoriti dan pengaruh yang mengatasi agensi kerajaan rasmi. Aplikasi kepada konsep shadow state ini dilihat jelas dalam kerajaan Indonesia pasca kejatuhan Soeharto pada tahun 1998 yang membawa kepada ketidakstabilan Republik Indonesia. Peranan keluarga dalam pentadbiran dan politik tidak kelihatan terlalu jelas sebelum tahun 1998 disebabkan gaya pemerintahan autokratik Soeharto. Pada ketika itu, dinasti Soeharto dan kroninya terlalu berkuasa sehingga mana-mana pihak yang ingin menduduki posisi strategik negara memerlukan semacam bentuk perkenan daripada mereka. (Sopian, 2014) | ||
Walau bagaimanapun, kejatuhan Soeharto dan pengesahan undang-undang pilihan raya tempatan pada tahun 2004 telah melonjakkan kemunculan entiti ''local strongmen'' (orang kuat tempatan) serta dinasti keluarga dalam politik Indonesia. Aktor-aktor ini mula membina pengaruh dan bersaing untuk melegitimasi kekuasaan mereka, sekali gus membentuk jaringan kuasa tidak rasmi di sebalik kerajaan rasmi Republik Indonesia. | Walau bagaimanapun, kejatuhan Soeharto dan pengesahan undang-undang pilihan raya tempatan pada tahun 2004 telah melonjakkan kemunculan entiti ''local strongmen'' (orang kuat tempatan) serta dinasti keluarga dalam politik Indonesia. Aktor-aktor ini mula membina pengaruh dan bersaing untuk melegitimasi kekuasaan mereka, sekali gus membentuk jaringan kuasa tidak rasmi di sebalik kerajaan rasmi Republik Indonesia. | ||
Di Indonesia, modus operandi ''shadow state'' dizahirkan secara nyata melalui kemunculan beberapa dinasti politik tempatan, seperti keluarga Sochib di Banten, keluarga Limpo di Sulawesi Selatan, dan keluarga Sjachroedin di Lampung. Jaringan elit ini bukan sahaja mengamalkan rasuah dan nepotisme, malah memanipulasi proses pilihan raya bagi memonopoli kekuasaan politik serta kekayaan negara demi kepentingan peribadi, sekali gus membiarkan rakyat jelata terperangkap dalam kemiskinan. | |||
Selain itu, pelbagai kaedah penguasaan lain turut dikesan. Sebagai contoh, dinasti keluarga Sochib di Banten yang diterajui oleh Chasan Sochib muncul sebagai oligarki tempatan paling dominan. Sejak tahun 1960, kelompok ini telah membina kekuatan persenjataan berasaskan peranan mereka sebagai penyedia kawalan keselamatan bagi perdagangan jagung dan beras di Jawa serta Sumatra (Sopian, 2014). Hubungan akrab dengan pihak tentera dan pentadbiran Jawa Barat turut membolehkan dinasti ini menguasai pelbagai projek pembangunan mega. Pengaruh Chasan Sochib diperkukuh menerusi kepimpinannya dalam kumpulan persenjataan dan persatuan seni bela diri terbesar di wilayah itu, yang dilaporkan memiliki sekitar 500,000 ahli di 15 buah daerah. Kemuncak penguasaan beliau terbukti apabila menyandang jawatan Pengerusi Persatuan Pendekar Persilatan dan Seni Budaya Banten-Indonesia (PPPSBBI). Walaupun tidak terikat secara formal, legasi dinasti keluarga Sochib ini terus dipertahankan melalui jalinan kerjasama dengan parti Golkar (Sopian, 2014). | |||
''' | === '''''[[Chaebol]]'' di Korea Selatan''' === | ||
Dinasti keluarga yang memonopoli industri ekonomi ini memberi satu sudut pandang tentang bagaimana kapasiti sumber kuasa ekonomi boleh menjadi terlalu besar sehingga berada di luar kawalan negara | |||
# '''Kongsi & triad:''' Kongsi merupakan sebuah konsep sosio-politik masyarakat Cina di Asia sama ada di tanah besar China, mahupun negara-negara yang dihuni oleh diaspora Cina di serata dunia. Triad adalah suatu bentuk perkumpulan kongsi yang terlibat dengan jenayah bersifat militia. | # '''Kongsi & triad:''' Kongsi merupakan sebuah konsep sosio-politik masyarakat Cina di Asia sama ada di tanah besar China, mahupun negara-negara yang dihuni oleh diaspora Cina di serata dunia. Triad adalah suatu bentuk perkumpulan kongsi yang terlibat dengan jenayah bersifat militia. | ||
# '''Secret societies:''' Hubungan jaringan sosial berterusan yang menghubungkan ahli secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti-aktiviti rahsia yang berkaitan. | # '''Secret societies:''' Hubungan jaringan sosial berterusan yang menghubungkan ahli secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti-aktiviti rahsia yang berkaitan. | ||
Revision as of 07:01, 25 June 2026
Pengenalan
Konsep deep state turut difahami dengan ‘kuasa di sebalik kuasa’, ‘daulah terpendam’ atau ‘kerajaan tidak rasmi’. Deep state merupakan satu bentuk struktur kuasa oleh pelbagai pihak di luar kerajaan yang memegang kuasa sebenar di dalam sesebuah negara. Deep state juga berada di luar kawalan negara, tetapi terlindung oleh polisi dan undang-undang kerajaan.
Etimologi
Istilah "Deep State" berasal daripada terma bahasa Turki, Derin Devlet yang mana dikatakan konsep politik Amerika yang dipinjam daripada sejarah Turki.
Definisi Deep State
Deep State adalah kuasa sebenar yang memerintah negara, oleh pihak atau entiti yang boleh membawa agenda Yahudi-Zionis di peringkat negara dan antarabangsa, melalui kawalan ke atas sistem (nizom) yang mengawal sumber dan pengupayaan nasional, mempunyai proksi (amil) yang akan menjadi pelaksana serta mempunyai kawalan kuasa yang berterusan tanpa mengira perubahan landskap negara.
Definisi Aktor Deep state
Aktor deep state adalah dalang utama atau penggerak (bersama rantaian proksinya) yang memiliki agenda ideologi tertentu (Yahudi-Zionis), yang bertindak menguasai dan memanipulasi sumber serta keupayaan sesebuah negara secara berterusan demi kepentingan agenda Yahudi-Zionis di peringkat domestik dan global.
Indikator Deep state
Berikut adalah indikator untuk mengesan kewujudan dan pergerakan aktor deep state tersebut:
- Pemikiran: Ideologi Anglophile (Liberty, Equality, Fraternity- Masonik)
- Keturunan: Bloodline cina/India peranakan/elit Melayu atau kelompok aristokrat mengikut aspek bangsa
- Institusi Pendidikan: Mendapat pendidikan di institusi pendidikan elit Anglophile
- Keanggotaan Fraternity: Keanggotaan organisasi atau kelab elit dan rahsia yang bersifat Fraternity.
- Pegangan Saham: Mengawal pegangan saham dan monopoli sumber (modal, alam, manusia)
- Jaringan: Memiliki jaringan dan dokongan yang besar dan kuat bagi menjaga kuasa dari sudut nasional, serantau, antarabangsa
- Proksi: Memiliki pelaksana/tentera/operator dalam institusi-institusi strategik negara.
- Campur tangan/Intervention: Menjadi figura nasional dalam menyelesaikan isu-isu kritikal negara. (Campur tangan/intervention dalam isu kritikal negara)
- Komplot/Deal rahsia: Pernah melakukan perjanjian/deal dengan elit global atau aktor deep state lain di Malaysia.
- Power durability: Memiliki fungsi dan peranan kuasa di sebalik tabir yang berterusan. Kuasa di sebalik tabir. Tidak berubah dengan perubahan landskap negara
Konsep lain yang hampir dengan deep state di negara-negara terpilih
Shadow State di Indonesia
Shadow State atau kerajaan bayangan merujuk kepada kewujudan struktur kuasa tidak rasmi yang beroperasi di sebalik kerajaan yang sah, malah dalam beberapa keadaan, mempunyai autoriti dan pengaruh yang mengatasi agensi kerajaan rasmi. Aplikasi kepada konsep shadow state ini dilihat jelas dalam kerajaan Indonesia pasca kejatuhan Soeharto pada tahun 1998 yang membawa kepada ketidakstabilan Republik Indonesia. Peranan keluarga dalam pentadbiran dan politik tidak kelihatan terlalu jelas sebelum tahun 1998 disebabkan gaya pemerintahan autokratik Soeharto. Pada ketika itu, dinasti Soeharto dan kroninya terlalu berkuasa sehingga mana-mana pihak yang ingin menduduki posisi strategik negara memerlukan semacam bentuk perkenan daripada mereka. (Sopian, 2014)
Walau bagaimanapun, kejatuhan Soeharto dan pengesahan undang-undang pilihan raya tempatan pada tahun 2004 telah melonjakkan kemunculan entiti local strongmen (orang kuat tempatan) serta dinasti keluarga dalam politik Indonesia. Aktor-aktor ini mula membina pengaruh dan bersaing untuk melegitimasi kekuasaan mereka, sekali gus membentuk jaringan kuasa tidak rasmi di sebalik kerajaan rasmi Republik Indonesia.
Di Indonesia, modus operandi shadow state dizahirkan secara nyata melalui kemunculan beberapa dinasti politik tempatan, seperti keluarga Sochib di Banten, keluarga Limpo di Sulawesi Selatan, dan keluarga Sjachroedin di Lampung. Jaringan elit ini bukan sahaja mengamalkan rasuah dan nepotisme, malah memanipulasi proses pilihan raya bagi memonopoli kekuasaan politik serta kekayaan negara demi kepentingan peribadi, sekali gus membiarkan rakyat jelata terperangkap dalam kemiskinan.
Selain itu, pelbagai kaedah penguasaan lain turut dikesan. Sebagai contoh, dinasti keluarga Sochib di Banten yang diterajui oleh Chasan Sochib muncul sebagai oligarki tempatan paling dominan. Sejak tahun 1960, kelompok ini telah membina kekuatan persenjataan berasaskan peranan mereka sebagai penyedia kawalan keselamatan bagi perdagangan jagung dan beras di Jawa serta Sumatra (Sopian, 2014). Hubungan akrab dengan pihak tentera dan pentadbiran Jawa Barat turut membolehkan dinasti ini menguasai pelbagai projek pembangunan mega. Pengaruh Chasan Sochib diperkukuh menerusi kepimpinannya dalam kumpulan persenjataan dan persatuan seni bela diri terbesar di wilayah itu, yang dilaporkan memiliki sekitar 500,000 ahli di 15 buah daerah. Kemuncak penguasaan beliau terbukti apabila menyandang jawatan Pengerusi Persatuan Pendekar Persilatan dan Seni Budaya Banten-Indonesia (PPPSBBI). Walaupun tidak terikat secara formal, legasi dinasti keluarga Sochib ini terus dipertahankan melalui jalinan kerjasama dengan parti Golkar (Sopian, 2014).
Chaebol di Korea Selatan
Dinasti keluarga yang memonopoli industri ekonomi ini memberi satu sudut pandang tentang bagaimana kapasiti sumber kuasa ekonomi boleh menjadi terlalu besar sehingga berada di luar kawalan negara
- Kongsi & triad: Kongsi merupakan sebuah konsep sosio-politik masyarakat Cina di Asia sama ada di tanah besar China, mahupun negara-negara yang dihuni oleh diaspora Cina di serata dunia. Triad adalah suatu bentuk perkumpulan kongsi yang terlibat dengan jenayah bersifat militia.
- Secret societies: Hubungan jaringan sosial berterusan yang menghubungkan ahli secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti-aktiviti rahsia yang berkaitan.
Ekosistem deep state
Ekonomi
Politik/Pentadbiran