Deep State: Difference between revisions

From IRISwiki
Jump to navigation Jump to search
No edit summary
No edit summary
Line 30: Line 30:
# Amerika Syarikat
# Amerika Syarikat
# Thailand
# Thailand
=== Ekosistem deep state ===

Revision as of 03:35, 19 May 2026

Pengenalan

Konsep deep state turut difahami dengan ‘kuasa di sebalik kuasa’, ‘daulah terpendam’ atau ‘kerajaan tidak rasmi’. Deep state merupakan satu bentuk struktur kuasa oleh pelbagai pihak di luar kerajaan yang memegang kuasa sebenar di dalam sesebuah negara. Deep state juga berada di luar kawalan negara, tetapi terlindung oleh polisi dan undang-undang kerajaan.

Etimologi

Istilah "Deep State" berasal daripada terma bahasa Turki, Derin Devlet yang mana dikatakan konsep politik Amerika yang dipinjam daripada sejarah Turki.

Definisi Deep State

Deep State adalah kuasa sebenar yang memerintah negara, oleh pihak atau entiti yang boleh membawa agenda Yahudi-Zionis di peringkat negara dan antarabangsa, melalui kawalan ke atas sistem (nizom) yang mengawal sumber dan pengupayaan nasional, mempunyai proksi (anglophile) yang akan menjadi pelaksana serta mempunyai kawalan kuasa yang berterusan tanpa mengira perubahan landskap negara.

Konteks kewujudan Deep state

Perbincangan deep state dalam konteks kewujudannya dalam dua aspek iaitu:

  1. Deep state yang berteraskan kuasa ketenteraan seperti di Turki, Mesir dan Pakistan yang didominasi kuasa tentera.
  2. Deep state yang merujuk kepada entiti kuasa institusi selain kerajaan yang rasmi seperti di Amerika Syarikat, sebuah negara demokratik.

Konsep lain yang menggambarkan deep state

Konsep lain yang turut berkait dengan deep state:

  1. Shadow state: penglibatan organisasi-organisasi sukarela daripada pelbagai industri dan sektor yang tidak dikawal selia atau diuruskan di luar norma kerajaan demokrasi atau  negara,  tetapi  memegang tanggungjawab yang sebelum ini dipikul oleh institusi sektor awam.
  2. Chaebol atau  dinasti  keluarga  yang  memonopoli  industri  ekonomi  ini  memberi  satu  sudut pandang  tentang  bagaimana  kapasiti  sumber  kuasa  ekonomi  boleh  menjadi  terlalu  besar  sehingga berada  di luar  kawalan  negara
  3. Kongsi & triad: Kongsi merupakan  sebuah  konsep  sosio-politik masyarakat Cina di Asia sama ada di tanah besar China, mahupun  negara-negara  yang dihuni oleh diaspora Cina  di serata  dunia. Triad adalah suatu bentuk perkumpulan kongsi yang terlibat dengan jenayah bersifat militia.
  4. Secret  societies: Hubungan jaringan sosial berterusan yang menghubungkan ahli secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti-aktiviti rahsia yang berkaitan.

Deep State di negara-negara terpilih

  1. Korea Selatan
  2. Turki
  3. Mesir
  4. Pakistan
  5. Amerika Syarikat
  6. Thailand

Ekosistem deep state