Kuasa Nasional: Difference between revisions

From IRISwiki
Jump to navigation Jump to search
No edit summary
No edit summary
Line 1: Line 1:
=== Definisi Kuasa ===
=== Pengenalan ===
Kuasa Nasional merupakan satu kerangka baharu pembangunan negara yang dibincagkan semula tanpa terikat dengan kerangka ilmu dan pengalaman Barat semata-mata. Penelitian terhadap ilmu kuasa ini adalah disebabkan kerangka pembangunan negara hari ini masih mengikut model pembangunan Barat untuk mengekalkan negara-negara pascakolonial dalam hubungan kebergantungan kepada mereka. Negara bekas jajahan ini menjadi mekanisme yang digunakan demi kepentingan elit kapitalis serta kuasa asing seterusnya menyekat kehendak dan aspirasi sesebuah negara daripada terlaksana. 

=== Definisi Kuasa Nasional ===
=== Definisi Kuasa Nasional ===
Kuasa Nasional adalah wewenang yang mutlak bagi sebuah bangsa yang berdaulat. ([https://docs.google.com/presentation/d/1Xwi0zt5taXFLQUmSvOVY6DSLaEvsZz5LYKcPpd3l7Fg/edit#slide=id.g1f92c231980_0_0 IRIS Institute])
Kuasa Nasional adalah wewenang yang mutlak bagi sebuah bangsa yang berdaulat. ([https://onedrive.live.com/:w:/g/personal/608163e9a4a178eb/IQBzO2SDVFk6SryfOdqZapV-AT3FWDbOJd9Q3Y3TCO6wjpc?rtime=pQl5xj6V3kg&redeem=aHR0cHM6Ly8xZHJ2Lm1zL3cvYy82MDgxNjNlOWE0YTE3OGViL0VYTTdaSU5VV1RwS3ZKODUycGxxbFg0QlBjVllOczRsMzFEZGpkTUk3ckNPbHc_ZT12U0JIb0U IRIS Institute])

'''Huraian Definisi'''
'''Huraian Definisi'''

* Kuasa nasional ialah pengupayaan bangsa secara proaktif/strategik (berterusan & anticipate) dan menyeluruh terhadap sumber untuk mencapai kekuatan (kuasa wewenang, pengaruh, kuasa kepimpinan) yang boleh menjamin kedaulatan (dalaman)  dan mencapai kemakmuran sejagat (luaran)
* Wewenang mutlak yang dimaksudkan adalah kemampuan penuh sesebuah bangsa yang berdaulat bagi menerjemahkan dan menunaikan kehendak sendiri, dalam bentuk negara dan memelihara kehendak tersebut dari sebarang ancaman.
 
* Bangsa berdaulat yang dimaksudkan adalah bangsa yang bebas dan mampu mengupayakan sumber nasional sepenuhya, serta menghapuskan sebarang ancaman terhadap negara idamannya.  
* Daripada takrif ini kuasa nasional membawa nilai-nilai seperti ini, kuat, maju, berdaulat, dan wisoyah hidayah (''guardianship'') ([https://docs.google.com/presentation/d/1Xwi0zt5taXFLQUmSvOVY6DSLaEvsZz5LYKcPpd3l7Fg/edit#slide=id.g1f92c231980_0_0 IRIS Institute])
 
Pembangunan Kuasa Nasional terdiri daripada sumber dan pengupayaan nasional.  

=== Definisi Sumber Nasional ===
=== Definisi Sumber Nasional ===
Sumber nasional adalah segala “potensi kekuatan” yang boleh diupayakan untuk mencapai wewenang yang mutlak. Sumber Nasional adalah elemen yang mengandungi potensi kekuatan namun tidak boleh mencapai kuasa nasional tanpa pengupayaan. Sumber merangkumi apa yang dimiliki, apa yang tidak dimiliki, apa yang dirampas, apa yang diperlukan tetapi tiada ditangan, apa yang perlu diperluas.

'''Sumber Nasional'''

Terdapat lima sumber negara berdasarkan kerangka Kuasa Nasional:
Terdapat lima sumber negara berdasarkan kerangka Kuasa Nasional:
# [[Populasi]]
# Populasi
# [[Sumber Alam]]
# Sumber Alam
# [[Geografi]]
# Geografi
# [[Wilayah]]
# Wilayah
# [[Data]]
# Data

=== Definisi Pengupayaan Nasional ===
=== Definisi Strategi Pengupayaan Kuasa Nasional ===
Pengupayaan Nasional adalah ikhtiar/daya usaha yang bersepadu dan strategik terhadap sumber nasional (potensi kekuatan).
Strategi Pengupayaan Kuasa Nasional adalah pemberdayaan strategik secara menyeluruh (membangun potensi dan mengatasi cabaran) dan lahir daripada kehendak dan ilmu bangsa yang tersendiri, untuk mengatasi cabaran yang menghalang tertunainya kehendak bangsa.​ Berikut merupakan strategi pengupayaan Kuasa Nasional:
'''Pengupayaan Kuasa Nasional'''
# Prestasi Ekonomi/ Modal Kewangan
# Prestasi Ekonomi/ Modal Kewangan
# Teknologi dan Industri
# Teknologi dan Industri

Revision as of 04:37, 9 April 2026

Pengenalan

Kuasa Nasional merupakan satu kerangka baharu pembangunan negara yang dibincagkan semula tanpa terikat dengan kerangka ilmu dan pengalaman Barat semata-mata. Penelitian terhadap ilmu kuasa ini adalah disebabkan kerangka pembangunan negara hari ini masih mengikut model pembangunan Barat untuk mengekalkan negara-negara pascakolonial dalam hubungan kebergantungan kepada mereka. Negara bekas jajahan ini menjadi mekanisme yang digunakan demi kepentingan elit kapitalis serta kuasa asing seterusnya menyekat kehendak dan aspirasi sesebuah negara daripada terlaksana.

Definisi Kuasa Nasional

Kuasa Nasional adalah wewenang yang mutlak bagi sebuah bangsa yang berdaulat. (IRIS Institute)

Huraian Definisi

  • Wewenang mutlak yang dimaksudkan adalah kemampuan penuh sesebuah bangsa yang berdaulat bagi menerjemahkan dan menunaikan kehendak sendiri, dalam bentuk negara dan memelihara kehendak tersebut dari sebarang ancaman.
  • Bangsa berdaulat yang dimaksudkan adalah bangsa yang bebas dan mampu mengupayakan sumber nasional sepenuhya, serta menghapuskan sebarang ancaman terhadap negara idamannya.

Definisi Sumber Nasional

Sumber nasional adalah segala “potensi kekuatan” yang boleh diupayakan untuk mencapai wewenang yang mutlak. Sumber Nasional adalah elemen yang mengandungi potensi kekuatan namun tidak boleh mencapai kuasa nasional tanpa pengupayaan. Sumber merangkumi apa yang dimiliki, apa yang tidak dimiliki, apa yang dirampas, apa yang diperlukan tetapi tiada ditangan, apa yang perlu diperluas.

Terdapat lima sumber negara berdasarkan kerangka Kuasa Nasional:

  1. Populasi
  2. Sumber Alam
  3. Geografi
  4. Wilayah
  5. Data

Definisi Strategi Pengupayaan Kuasa Nasional

Strategi Pengupayaan Kuasa Nasional adalah pemberdayaan strategik secara menyeluruh (membangun potensi dan mengatasi cabaran) dan lahir daripada kehendak dan ilmu bangsa yang tersendiri, untuk mengatasi cabaran yang menghalang tertunainya kehendak bangsa.​ Berikut merupakan strategi pengupayaan Kuasa Nasional:

  1. Prestasi Ekonomi/ Modal Kewangan
  2. Teknologi dan Industri
  3. Etos Nasional
  4. Data Informasi
  5. Hubungan Luar
  6. Pengurusan Keselamatan
  7. Ilmu Pengetahuan
  8. Dinamik Sub-Nasional
  9. Tadbir Urus
  10. Pengaruh dan Reputasi
  11. Pembandaran

Indikator Kuasa Nasional

Indikator Kuasa Nasional merupakan ukuran yang dicadangkan bagi mencapai sebuah negara yang kuat, maju dan berdaulat. Berikut terdapat 5 indikator tersebut:

Keaslian & kedaulatan falsafah, ideologi dan identiti

Falsafah, ideologi dan identiti nasional yang asli dan berdaulat bermakna bangsa tersebut mempunyai kesedaran, kehendak, pengetahuan dan kebebasan untuk menentukan hala tujunya sendiri dan membangunkan negara mengikut acuannya sendiri.

Kemandirian & kelestarian pemanfaatan sumber

  1. Kelangsungan sumber bermaksud bekalan sumber yang tersedia dan berkekalan untuk jangka masa panjang termasuk pemuliharaan sumber  supaya semua orang boleh mendapat sumber yang mencukupi dan mampu milik pada setiap masa.
  2. Kemandirian sumber merujuk kepada kemampuan untuk memenuhi permintaan sumber dalam keadaan yang dapat dipercayai dan jangka masa yang panjang serta mengatasi pelbagai cabaran dan ancaman terhadap bekalan sumber seperti pergolakan politik antarabangsa, masalah ekonomi, peperangan dan bencana alam.

* Berdasarkan dua definisi di atas, dapat disimpulkan bahawa kemandirian sumber adalah kemampuan bekalan sumber yang tersedia untuk memenuhi permintaan dan penggunaan negara dalam jangka masa panjang serta mampu menampung keperluan negara sekiranya berlaku pergolakan politik antarabangsa, masalah ekonomi, peperangan bencana alam dan lain-lain.

Kesepaduan kehidupan sosial yang kompleks

Kesepaduan sosial merujuk kepada keadaan yang aman, stabil, makmur dan sejahtera dalam sesebuah masyarakat, khususnya masyarakat multietnik, kerana adanya kesepakatan sosial yang kuat.

Kekuatan & kesiapsiagaan untuk memulakan peperangan

Kekuatan dan kesiapsiagaan untuk memulakan peperangan bermaksud bukan sekadar mengambil kira aspek kecekapan bertempur sahaja tetapi menunjukkan bahawa negara yang berkuasa itu memiliki kelebihan (upper hand) berbanding lawan serta mampu mencatur senario dan mengatur kesudahan (outcome) peperangan tersebut. Ini bermakna negara tersebut bukan sahaja memiliki pertahanan yang ampuh malah bersedia menyerang sebelum diserang bukannya diheret ke kancah peperangan oleh kuasa lain.  

Penguasaan pengaruh, penyebaran idea & maklumat

*Penguasaan pengaruh, penyebaran idea dan maklumat bermaksud kemampuan infrastruktur sesebuah negara untuk menghasilkan dan menyebarkan maklumat, ideologi, imej dan nilai-nilai yang boleh memberi kesan dalam pembentukan identiti dan kehendak nasional negara.