Kuasa Nasional: Difference between revisions

From IRISwiki
Jump to navigation Jump to search
No edit summary
 
(One intermediate revision by one other user not shown)
Line 1: Line 1:
=== Pengenalan ===
=== Pengenalan ===
Kuasa Nasional merupakan satu kerangka baharu pembangunan negara yang dibincagkan semula tanpa terikat dengan kerangka ilmu dan pengalaman Barat semata-mata. Penelitian terhadap ilmu kuasa ini adalah disebabkan kerangka pembangunan negara hari ini masih mengikut model pembangunan Barat untuk mengekalkan negara-negara pascakolonial dalam hubungan kebergantungan kepada mereka. Negara bekas jajahan ini menjadi mekanisme yang digunakan demi kepentingan elit kapitalis serta kuasa asing seterusnya menyekat kehendak dan aspirasi sesebuah negara daripada terlaksana.
Kuasa Nasional merupakan satu kerangka baharu pembangunan negara yang dibincangkan semula tanpa terikat dengan kerangka ilmu dan pengalaman Barat semata-mata. Penelitian terhadap ilmu kuasa ini adalah disebabkan kerangka pembangunan negara hari ini masih mengikut model pembangunan Barat untuk mengekalkan negara-negara pascakolonial dalam hubungan kebergantungan kepada mereka. Negara bekas jajahan ini menjadi mekanisme yang digunakan demi kepentingan elit kapitalis serta kuasa asing seterusnya menyekat kehendak dan aspirasi sesebuah negara daripada terlaksana.  

=== Definisi Kuasa Nasional ===
=== Definisi Kuasa Nasional ===
Line 11: Line 11:

=== Definisi Sumber Nasional ===
=== Definisi Sumber Nasional ===
Sumber nasional adalah segala “potensi kekuatan” yang boleh diupayakan untuk mencapai wewenang yang mutlak. Sumber Nasional adalah elemen yang mengandungi potensi kekuatan namun tidak boleh mencapai kuasa nasional tanpa pengupayaan. Sumber merangkumi apa yang dimiliki, apa yang tidak dimiliki, apa yang dirampas, apa yang diperlukan tetapi tiada ditangan, apa yang perlu diperluas.
Sumber nasional adalah segala potensi kekuatan yang boleh diupayakan untuk mencapai wewenang yang mutlak. Sumber Nasional adalah elemen yang mengandungi potensi kekuatan namun tidak boleh mencapai kuasa nasional tanpa pengupayaan. Sumber merangkumi apa yang dimiliki, apa yang tidak dimiliki, apa yang dirampas, apa yang diperlukan tetapi tiada ditangan, apa yang perlu diperluas.

Terdapat lima sumber negara berdasarkan kerangka Kuasa Nasional:
Terdapat lima sumber negara berdasarkan kerangka Kuasa Nasional:
Line 53: Line 53:
Kesepaduan sosial merujuk kepada keadaan yang aman, stabil, makmur dan sejahtera dalam sesebuah masyarakat, khususnya masyarakat multietnik, kerana adanya kesepakatan sosial yang kuat.
Kesepaduan sosial merujuk kepada keadaan yang aman, stabil, makmur dan sejahtera dalam sesebuah masyarakat, khususnya masyarakat multietnik, kerana adanya kesepakatan sosial yang kuat.

==== Kekuatan & kesiapsiagaan untuk memulakan peperangan ====
==== Kekuatan & kesiapsiagaan menentukan peperangan ====
Kekuatan dan kesiapsiagaan untuk memulakan peperangan bermaksud bukan sekadar mengambil kira aspek kecekapan bertempur sahaja tetapi menunjukkan bahawa negara yang berkuasa itu memiliki kelebihan (''upper hand'') berbanding lawan serta mampu mencatur senario dan mengatur kesudahan (''outcome'') peperangan tersebut. Ini bermakna negara tersebut bukan sahaja memiliki pertahanan yang ampuh malah bersedia menyerang sebelum diserang bukannya diheret ke kancah peperangan oleh kuasa lain.  

==== Penguasaan pengaruh, penyebaran idea & maklumat ====
==== Penguasaan pengaruh, penyebaran idea & maklumat ====
<nowiki>*</nowiki>Penguasaan pengaruh, penyebaran idea dan maklumat bermaksud kemampuan infrastruktur sesebuah negara untuk menghasilkan dan menyebarkan maklumat, ideologi, imej dan nilai-nilai yang boleh memberi kesan dalam pembentukan identiti dan kehendak nasional negara.

Latest revision as of 21:35, 7 May 2026

Pengenalan[edit | edit source]

Kuasa Nasional merupakan satu kerangka baharu pembangunan negara yang dibincangkan semula tanpa terikat dengan kerangka ilmu dan pengalaman Barat semata-mata. Penelitian terhadap ilmu kuasa ini adalah disebabkan kerangka pembangunan negara hari ini masih mengikut model pembangunan Barat untuk mengekalkan negara-negara pascakolonial dalam hubungan kebergantungan kepada mereka. Negara bekas jajahan ini menjadi mekanisme yang digunakan demi kepentingan elit kapitalis serta kuasa asing seterusnya menyekat kehendak dan aspirasi sesebuah negara daripada terlaksana.

Definisi Kuasa Nasional[edit | edit source]

Kuasa Nasional adalah wewenang yang mutlak bagi sebuah bangsa yang berdaulat. (IRIS Institute)

Huraian Definisi

  • Wewenang mutlak yang dimaksudkan adalah kemampuan penuh sesebuah bangsa yang berdaulat bagi menerjemahkan dan menunaikan kehendak sendiri, dalam bentuk negara dan memelihara kehendak tersebut dari sebarang ancaman.
  • Bangsa berdaulat yang dimaksudkan adalah bangsa yang bebas dan mampu mengupayakan sumber nasional sepenuhya, serta menghapuskan sebarang ancaman terhadap negara idamannya.

Definisi Sumber Nasional[edit | edit source]

Sumber nasional adalah segala potensi kekuatan yang boleh diupayakan untuk mencapai wewenang yang mutlak. Sumber Nasional adalah elemen yang mengandungi potensi kekuatan namun tidak boleh mencapai kuasa nasional tanpa pengupayaan. Sumber merangkumi apa yang dimiliki, apa yang tidak dimiliki, apa yang dirampas, apa yang diperlukan tetapi tiada ditangan, apa yang perlu diperluas.

Terdapat lima sumber negara berdasarkan kerangka Kuasa Nasional:

  1. Populasi
  2. Sumber Alam
  3. Geografi
  4. Wilayah
  5. Data

Definisi Strategi Pengupayaan Kuasa Nasional[edit | edit source]

Strategi Pengupayaan Kuasa Nasional adalah pemberdayaan strategik secara menyeluruh (membangun potensi dan mengatasi cabaran) dan lahir daripada kehendak dan ilmu bangsa yang tersendiri, untuk mengatasi cabaran yang menghalang tertunainya kehendak bangsa.​ Berikut merupakan strategi pengupayaan Kuasa Nasional:

  1. Prestasi Ekonomi/ Modal Kewangan
  2. Teknologi dan Industri
  3. Etos Nasional
  4. Data Informasi
  5. Hubungan Luar
  6. Pengurusan Keselamatan
  7. Ilmu Pengetahuan
  8. Dinamik Sub-Nasional
  9. Tadbir Urus
  10. Pengaruh dan Reputasi
  11. Pembandaran

Indikator Kuasa Nasional[edit | edit source]

Indikator Kuasa Nasional merupakan ukuran yang dicadangkan bagi mencapai sebuah negara yang kuat, maju dan berdaulat. Berikut terdapat 5 indikator tersebut:

Keaslian & kedaulatan falsafah, ideologi dan identiti[edit | edit source]

Falsafah, ideologi dan identiti nasional yang asli dan berdaulat bermakna bangsa tersebut mempunyai kesedaran, kehendak, pengetahuan dan kebebasan untuk menentukan hala tujunya sendiri dan membangunkan negara mengikut acuannya sendiri.

Kemandirian & Kelestarian Pemanfaatan Sumber[edit | edit source]

  1. Kemandirian sumber merujuk kepada kemampuan untuk memenuhi permintaan sumber dalam keadaan yang dapat dipercayai dan jangka masa yang panjang serta mengatasi pelbagai cabaran dan ancaman terhadap bekalan sumber seperti pergolakan politik antarabangsa, masalah ekonomi, peperangan dan bencana alam.
  2. Kemandirian sumber adalah kemampuan bekalan sumber yang tersedia untuk memenuhi permintaan dan penggunaan negara dalam jangka masa panjang serta mampu menampung keperluan negara sekiranya berlaku pergolakan politik antarabangsa, masalah ekonomi, peperangan bencana alam dan lain-lain.
  3. Kelangsungan sumber bermaksud bekalan sumber yang tersedia dan berkekalan untuk jangka masa panjang termasuk pemuliharaan sumber  supaya semua orang boleh mendapat sumber yang mencukupi dan mampu milik pada setiap masa.

* Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan bahawa kemandirian sumber adalah kemampuan bekalan sumber yang tersedia untuk memenuhi permintaan dan penggunaan negara dalam jangka masa panjang serta mampu menampung keperluan negara sekiranya berlaku pergolakan politik antarabangsa, masalah ekonomi, peperangan bencana alam dan lain-lain.

Kesepaduan kehidupan sosial yang kompleks[edit | edit source]

Kesepaduan sosial merujuk kepada keadaan yang aman, stabil, makmur dan sejahtera dalam sesebuah masyarakat, khususnya masyarakat multietnik, kerana adanya kesepakatan sosial yang kuat.

Kekuatan & kesiapsiagaan menentukan peperangan[edit | edit source]

Kekuatan dan kesiapsiagaan untuk memulakan peperangan bermaksud bukan sekadar mengambil kira aspek kecekapan bertempur sahaja tetapi menunjukkan bahawa negara yang berkuasa itu memiliki kelebihan (upper hand) berbanding lawan serta mampu mencatur senario dan mengatur kesudahan (outcome) peperangan tersebut. Ini bermakna negara tersebut bukan sahaja memiliki pertahanan yang ampuh malah bersedia menyerang sebelum diserang bukannya diheret ke kancah peperangan oleh kuasa lain.  

Penguasaan pengaruh, penyebaran idea & maklumat[edit | edit source]

*Penguasaan pengaruh, penyebaran idea dan maklumat bermaksud kemampuan infrastruktur sesebuah negara untuk menghasilkan dan menyebarkan maklumat, ideologi, imej dan nilai-nilai yang boleh memberi kesan dalam pembentukan identiti dan kehendak nasional negara.