Editing
Deep State
(section)
Jump to navigation
Jump to search
Warning:
You are not logged in. Your IP address will be publicly visible if you make any edits. If you
log in
or
create an account
, your edits will be attributed to your username, along with other benefits.
Anti-spam check. Do
not
fill this in!
== Jaringan & Struktur Deep state == ''Deep state'' bukan sekadar satu teori, sebaliknya ia beroperasi dalam kerangka struktur yang tersusun, mempunyai autonomi, sistem hierarki, serta peraturan khusus yang mengikat para aktor di dalamnya. Seperti entiti kerajaan rasmi, ''deep state'' dianggotai oleh pelbagai kelompok yang terlibat dalam perebutan kuasa demi mengekalkan agenda tersendiri (Mérieau, 2016). Struktur ini dapat dilihat dalam beberapa bentuk iaitu: === Pakatan Institusi Keselamatan dan Kehakiman (Contoh: Thailand) === Struktur ini melibatkan rangkaian tersusun antara institusi keselamatan (tentera dan polis) serta badan kehakiman yang memiliki autonomi khusus. Di Thailand, keupayaan aktor-aktor daripada pelbagai institusi ini untuk mempertahankan, membangunkan, dan melanjutkan legasi kekuasaan mereka berpunca daripada penggunaan "keabsahan diraja" sebagai perisai pelindung (Mérieau, 2016). === Naungan Kelompok Autokratik-Jenayah (Patronage) === Struktur ini diketuai oleh seorang penaung (''patron'') daripada kelompok autokratik yang memegang autoriti dalam institusi politik atau agensi kerajaan. Kepimpinan kelompok ini lazimnya diterajui oleh pegawai tinggi pasukan keselamatan (seperti polis dan tentera) yang menjalin pakatan dengan organisasi jenayah terancang (Söyler, 2015). === Hibrid: Kapitalis-Kewangan (Contoh: Amerika Syarikat) === Terdapat kajian yang mendapati bahawa ''deep state'' boleh wujud sebagai satu elemen hibrid di dalam kerajaan. Dalam struktur ini, ia berada di kedudukan teratas industri kewangan yang memerintah tanpa memerlukan persetujuan rasmi daripada badan pemerintahan negara. Hibrid bermaksud percampuran atau gabungan antara dua entiti yang berbeza. Struktur sedemikian dilihat wujud dalam model ''deep state'' di Amerika Syarikat, sebuah negara demokrasi di mana sektor ekonomi yang dikuasai oleh golongan kapitalis dan syarikat bertaraf antarabangsa memiliki dominasi yang sangat kuat di dalam negara tersebut (Lofgren, 2016). === Dominasi Institusi Rasmi Kerajaan (Contoh: Mesir dan Turki) === Di sesetengah negara, ''deep state'' didapati mempunyai struktur yang dicirikan oleh dominasi sesebuah institusi rasmi kerajaan ke atas badan-badan lain di dalam negara tersebut: * Mesir (Dominasi Ketenteraan): Fenomena ''deep state'' di Mesir wujud sebagai satu jaringan kuasa yang terbentuk antara institusi-institusi penting kepada Republik Mesir, termasuklah badan eksekutif, parlimen, dan badan kehakiman, yang kesemuanya didominasi oleh institusi ketenteraan. Pihak tentera, yang diketuai oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir (SCAF), memperkukuh penguasaan mereka melalui pemilikan terhadap pelbagai institusi perniagaan seperti hospital, kelab, restoran, kilang, dan hotel. Melalui penguasaan ini, institusi tentera Mesir dianggarkan mengawal hampir 40% daripada keseluruhan ekonomi negara (Zibaei, 2019). * Turki (Dominasi Ketenteraan): Contoh yang sama turut berlaku di Turki yang melibatkan dominasi oleh institusi tentera. Institusi tentera Turki melebarkan sayap penguasaan mereka ke atas institusi-institusi kerajaan Turki yang lain dengan memanfaatkan saluran undang-undang atau gerakan sivil (Waldman & Caliskan, 2019) === Monopoli Elit dan Dinasti (Contoh: Mesir dan Pakistan) === Struktur ''deep state'' juga boleh dipegang atau dimonopoli oleh sebuah kelompok elit tertentu, seperti yang diperlihatkan dalam kes yang sama seperti di Mesir dan Pakistan: * Mesir (Elit Keselamatan): Dominasi ketenteraan berakar umbi daripada Revolusi 1952 yang digerakkan oleh ''Free Officers Movement''. Rentetan daripada peristiwa itu, jawatan Presiden Mesir sehingga tahun 2011 secara berterusan dimonopoli oleh kelompok elit Pegawai Tentera Muda seperti Gamal Abdel Nasser (Zibaei, 2019). * Pakistan (Dinasti Elit dan Agensi Perisikan): Struktur ''deep state'' dikuasai oleh keluarga elit yang menggunakan institusi autonomi negara sebagai proksi. Agensi ''Inter-Services Intelligence'' (ISI) muncul sebagai kuasa politik paling dominan dalam memandu dasar domestik dan antarabangsa hasil koordinasi strategik antara sayap perisikan Tentera Darat, Tentera Laut, dan Tentera Udara (Winchell, 2003). === Monopoli institusi kerajaan dan mafia === Struktur ''deep state'' juga boleh dimonopoli secara bersama oleh institusi kerajaan dan kumpulan mafia, sebuah fenomena yang lazimnya berlaku dalam sistem negara autokratik. Penglibatan gabungan kelompok autokratik kerajaan dan mafia ini memberikan impak secara langsung kepada landskap politik serta masyarakat awam. * Kelompok Autokratik Kerajaan: Bergerak di dalam sistem rasmi negara dan mempunyai akses khusus kepada aspek kerahsiaan. Mereka mengumpul sokongan politik serta meluaskan pengaruh secara langsung dengan mengeksploitasi hubungan hierarki. * Kelompok Mafia: Bergerak dan beroperasi dalam kalangan masyarakat awam. Dalam struktur hibrid ini, kelompok autokratik kerajaan itu sendiri turut dianggap sebagai sebuah institusi jenayah separa rasmi. Walaupun mereka bergerak dalam skala operasi yang besar di dalam instrumen negara, kedudukan ini menyebabkan operasi-operasi yang dijalankan oleh mereka tidak terikat dengan lunas undang-undang yang sah (Söyler, 2015).
Summary:
Please note that all contributions to IRISwiki may be edited, altered, or removed by other contributors. If you do not want your writing to be edited mercilessly, then do not submit it here.
You are also promising us that you wrote this yourself, or copied it from a public domain or similar free resource (see
IRISwiki:Copyrights
for details).
Do not submit copyrighted work without permission!
Cancel
Editing help
(opens in new window)
Navigation menu
Personal tools
Not logged in
Talk
Contributions
Create account
Log in
Namespaces
Page
Discussion
English
Views
Read
Edit
Edit source
View history
More
Search
Navigation
Main page
Recent changes
Random page
Help about MediaWiki
Tools
What links here
Related changes
Special pages
Page information