Editing
Deep State
(section)
Jump to navigation
Jump to search
Warning:
You are not logged in. Your IP address will be publicly visible if you make any edits. If you
log in
or
create an account
, your edits will be attributed to your username, along with other benefits.
Anti-spam check. Do
not
fill this in!
=== '''[[Shadow State|''Shadow State'']]''' === ''Shadow State'' atau kerajaan bayangan merujuk kepada kewujudan struktur kuasa tidak rasmi yang beroperasi di sebalik kerajaan yang sah, malah dalam beberapa keadaan, mempunyai autoriti dan pengaruh yang mengatasi agensi kerajaan rasmi. Aplikasi kepada konsep shadow state ini dilihat jelas dalam kerajaan Indonesia pasca kejatuhan Soeharto pada tahun 1998 yang membawa kepada ketidakstabilan Republik Indonesia. Peranan keluarga dalam pentadbiran dan politik tidak kelihatan terlalu jelas sebelum tahun 1998 disebabkan gaya pemerintahan autokratik Soeharto. Pada ketika itu, dinasti Soeharto dan kroninya terlalu berkuasa sehingga mana-mana pihak yang ingin menduduki posisi strategik negara memerlukan semacam bentuk perkenan daripada mereka. (Sopian, 2014) Walau bagaimanapun, kejatuhan Soeharto dan pengesahan undang-undang pilihan raya tempatan pada tahun 2004 telah melonjakkan kemunculan entiti ''local strongmen'' (orang kuat tempatan) serta dinasti keluarga dalam politik Indonesia. Aktor-aktor ini mula membina pengaruh dan bersaing untuk melegitimasi kekuasaan mereka, sekali gus membentuk jaringan kuasa tidak rasmi di sebalik kerajaan rasmi Republik Indonesia. Di Indonesia, modus operandi ''shadow state'' dizahirkan secara nyata melalui kemunculan beberapa dinasti politik tempatan, seperti keluarga Sochib di Banten, keluarga Limpo di Sulawesi Selatan, dan keluarga Sjachroedin di Lampung. Jaringan elit ini bukan sahaja mengamalkan rasuah dan nepotisme, malah memanipulasi proses pilihan raya bagi memonopoli kekuasaan politik serta kekayaan negara demi kepentingan peribadi, sekali gus membiarkan rakyat jelata terperangkap dalam kemiskinan. Selain itu, pelbagai kaedah penguasaan lain turut dikesan. Sebagai contoh, dinasti keluarga Sochib di Banten yang diterajui oleh Chasan Sochib muncul sebagai oligarki tempatan paling dominan. Sejak tahun 1960, kelompok ini telah membina kekuatan persenjataan berasaskan peranan mereka sebagai penyedia kawalan keselamatan bagi perdagangan jagung dan beras di Jawa serta Sumatra (Sopian, 2014). Hubungan akrab dengan pihak tentera dan pentadbiran Jawa Barat turut membolehkan dinasti ini menguasai pelbagai projek pembangunan mega. Pengaruh Chasan Sochib diperkukuh menerusi kepimpinannya dalam kumpulan persenjataan dan persatuan seni bela diri terbesar di wilayah itu, yang dilaporkan memiliki sekitar 500,000 ahli di 15 buah daerah. Kemuncak penguasaan beliau terbukti apabila menyandang jawatan Pengerusi Persatuan Pendekar Persilatan dan Seni Budaya Banten-Indonesia (PPPSBBI). Walaupun tidak terikat secara formal, legasi dinasti keluarga Sochib ini terus dipertahankan melalui jalinan kerjasama dengan parti Golkar (Sopian, 2014).
Summary:
Please note that all contributions to IRISwiki may be edited, altered, or removed by other contributors. If you do not want your writing to be edited mercilessly, then do not submit it here.
You are also promising us that you wrote this yourself, or copied it from a public domain or similar free resource (see
IRISwiki:Copyrights
for details).
Do not submit copyrighted work without permission!
Cancel
Editing help
(opens in new window)
Navigation menu
Personal tools
Not logged in
Talk
Contributions
Create account
Log in
Namespaces
Page
Discussion
English
Views
Read
Edit
Edit source
View history
More
Search
Navigation
Main page
Recent changes
Random page
Help about MediaWiki
Tools
What links here
Related changes
Special pages
Page information