Editing
Deep State
(section)
Jump to navigation
Jump to search
Warning:
You are not logged in. Your IP address will be publicly visible if you make any edits. If you
log in
or
create an account
, your edits will be attributed to your username, along with other benefits.
Anti-spam check. Do
not
fill this in!
== Konsep lain yang hampir dengan ''deep state'' di negara-negara terpilih == === '''[[Shadow State|''Shadow State'']]''' === ''Shadow State'' atau kerajaan bayangan merujuk kepada kewujudan struktur kuasa tidak rasmi yang beroperasi di sebalik kerajaan yang sah, malah dalam beberapa keadaan, mempunyai autoriti dan pengaruh yang mengatasi agensi kerajaan rasmi. Aplikasi kepada konsep shadow state ini dilihat jelas dalam kerajaan Indonesia pasca kejatuhan Soeharto pada tahun 1998 yang membawa kepada ketidakstabilan Republik Indonesia. Peranan keluarga dalam pentadbiran dan politik tidak kelihatan terlalu jelas sebelum tahun 1998 disebabkan gaya pemerintahan autokratik Soeharto. Pada ketika itu, dinasti Soeharto dan kroninya terlalu berkuasa sehingga mana-mana pihak yang ingin menduduki posisi strategik negara memerlukan semacam bentuk perkenan daripada mereka. (Sopian, 2014) Walau bagaimanapun, kejatuhan Soeharto dan pengesahan undang-undang pilihan raya tempatan pada tahun 2004 telah melonjakkan kemunculan entiti ''local strongmen'' (orang kuat tempatan) serta dinasti keluarga dalam politik Indonesia. Aktor-aktor ini mula membina pengaruh dan bersaing untuk melegitimasi kekuasaan mereka, sekali gus membentuk jaringan kuasa tidak rasmi di sebalik kerajaan rasmi Republik Indonesia. Di Indonesia, modus operandi ''shadow state'' dizahirkan secara nyata melalui kemunculan beberapa dinasti politik tempatan, seperti keluarga Sochib di Banten, keluarga Limpo di Sulawesi Selatan, dan keluarga Sjachroedin di Lampung. Jaringan elit ini bukan sahaja mengamalkan rasuah dan nepotisme, malah memanipulasi proses pilihan raya bagi memonopoli kekuasaan politik serta kekayaan negara demi kepentingan peribadi, sekali gus membiarkan rakyat jelata terperangkap dalam kemiskinan. Selain itu, pelbagai kaedah penguasaan lain turut dikesan. Sebagai contoh, dinasti keluarga Sochib di Banten yang diterajui oleh Chasan Sochib muncul sebagai oligarki tempatan paling dominan. Sejak tahun 1960, kelompok ini telah membina kekuatan persenjataan berasaskan peranan mereka sebagai penyedia kawalan keselamatan bagi perdagangan jagung dan beras di Jawa serta Sumatra (Sopian, 2014). Hubungan akrab dengan pihak tentera dan pentadbiran Jawa Barat turut membolehkan dinasti ini menguasai pelbagai projek pembangunan mega. Pengaruh Chasan Sochib diperkukuh menerusi kepimpinannya dalam kumpulan persenjataan dan persatuan seni bela diri terbesar di wilayah itu, yang dilaporkan memiliki sekitar 500,000 ahli di 15 buah daerah. Kemuncak penguasaan beliau terbukti apabila menyandang jawatan Pengerusi Persatuan Pendekar Persilatan dan Seni Budaya Banten-Indonesia (PPPSBBI). Walaupun tidak terikat secara formal, legasi dinasti keluarga Sochib ini terus dipertahankan melalui jalinan kerjasama dengan parti Golkar (Sopian, 2014). === '''''[[Chaebol]]''''' === ''Chaebol'' merupakan konglomerat Korea Selatan iaitu dinasti keluarga yang terdiri daripada 30-50 syarikat persendirian yang memonopoli pelbagai industri sehingga boleh menjadi terlalu besar dan berada di luar kawalan negara. ''Chaebol'' turut digambarkan sebagai kelompok elit ekonomi, industri gergasi, dan kapitalis (Albert, 2018). Ciri-ciri yang dapat dilihat pada ''chaebol'' ini adalah berdasarkan pemilikan keluarga, kawalan dan pengurusan yang sangat meluas. ''Chaebol'' ini berada di bawah kesatuan kawalan entiti tunggal yang diketuai oleh ''chongsu'' sebagai pembuat keputusan walaupuan tanpa jawatan rasmi dan tidak memiliki saham syarikat (Boje & Toh, 2006). Terdapat empat konglomerat/''chaebol'' terbesar iaitu syarikat Samsung Group, SK Group, Hyundai Motor dan LG yang menguasai 70% pasaran modal di Korea Selatan. Modus operandi ''chaebol'' dalam memastikan kelangsungan tenaga kerja dan membina jaringan proksi dapat dilihat melalui rekrutmen dalam pendidikan dari sekolah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Sebagai contoh, graduan daripada tiga universiti utama di Korea iaitu Universiti Kebangsaan Seoul, Universiti Yonsei dan Universiti Korea sahaja telah mewakili sebanyak 84% dari keseluruhan jawatan eksekutif ''chaebol''. Perluasan kuasa chaebol telah berlaku apabila kerajaan Korea Selatan cuba untuk mengawal mereka dengan melibatkan chaebol dalam kes mahkamah, tetapi chaebol berjaya merekrut kelompok penjawat awam dan bekas hakim sama ada secara rasmi atau tidak rasmi untuk mempertahankan dan memastikan keputusan mahkamah berpihak kepada chaebol. === '''''[[Kongsi]]'' & ''[[Triad]]''''' === ''Kongsi'' merupakan sebuah konsep sosio-politik masyarakat Cina di Asia sama ada di tanah besar China, mahupun negara-negara yang dihuni oleh diaspora Cina di serata dunia. Triad pula adalah suatu bentuk perkumpulan ''kongsi'' yang terlibat dengan jenayah bersifat militia. Bagi Barat, ''kongsi'' sebagai perkumpulan, syarikat kerjasama, atau kumpulan politik yang besar di kawasan perlombongan melibatkan petani dan pelombong Cina. Memahami hakikat sebenar kehidupan sosio-politik masyarakat Cina ''kongsi'' adalah ‘open government’ atau sebuah pemerintahan kerajaan terbuka yang telah wujud sejak kurun ke-19 lagi dalam menguruskan pentadbiran masyarakat Cina (Wang, 1977). Konsep Triad pula adalah perkumpulan ''kongsi'' yang terlibat dalam jenayah militia, yang turut dikenali sebagai secret societies atau hui turut mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan ''kongsi''. Mereka dibentuk atas dasar persaudaraan atau ''brotherhood yang diikat'' dengan ritual-ritual tertentu (Purbrick, 2019). Struktur tertinggi ''kongsi'' adalah majlis pemerintah yang dianggotai beberapa kapitan. Struktur ''triad'' boleh dilihat dalam kumpulan [[Kongsi Gelap|kongsi gelap]] yang terkenal dalam sejarah Tanah Melayu iaitu Gee Hin dan Hai San. Mereka memenuhi kriteria sebagai sebuah ''triad'' dengan memiliki persenjetaan dan ketenteraan. Pengharaman British terhadap kumpulan-kumpulan [[Kongsi Gelap|kongsi gelap]] ini telah menjadikan kumpulan ini berevolusi menjadi pelbagai bentuk organisasi termasuklah pertubuhan kebudayaan Cina, dewan perniagaan Cina, syarikat-syarikat perniagaan dan parti-parti politik tetapi masih mengekalkan ciri-ciri ''triad''. Malah wujud kerjasama antara organisasi ''triad'' dengan perniagaan dan parti politik untuk menjaga kepentingan masing-masing. Struktur pemerintahan masyarakat Cina masih dianggap kekal sejak dahulu walaupun telah berevolusi dalam pelbagai bentuk organisasi. Gerakan kumpulan ''kongsi-triad'' ini telah berkembang ke peringkat antarabangsa dan merentasi sempadan antara negara dengan terlibat dalam syarikat untuk mendapatkan penguasaan ekonomi. Mereka turut memberi rasuah kepada pegawai kerajaan dan parti politik untuk meneruskan kelangsungan jenayah. Mereka juga memiliki kapasiti memberikan perlindungan keselamatan setanding dengan institusi tentera kepada ahli perniagaan dan syarikat swasta. === '''[[Secret Societies]]''' === Secret Societies merupakan sebuah organisasi atau kelompok individu yang menyembunyikan kewujudan mereka, struktur dalaman, keahlian, atau doktrin ajaran mereka daripada pengetahuan masyarakat awam dan pihak berkuasa, serta mewajibkan ahlinya mengangkat sumpah setia untuk menjaga rahsia tersebut. Mereka merupakan pertubuhan rahsia jaringan sosial berterusan yang menghubungkan ahli secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti-aktiviti rahsia yang berkaitan. Pertubuhan ini juga turut dikaitkan dengan ideologi ''cosmopolitan fraternalism,'' konsep ''informal empire'' dan ''informal imperialism.'' Selain itu, pertubuhan ini menekankan model perluasan kuasa negara dalam bentuk tidak rasmi dan melangkaui kuasa sesebuah kerajaan seperti pertubuhan Freemason dan Fabian Society. Ramai pimpinan utama British dan pemegang-pemegang saham Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) adalah daripada Fabian Society. Contoh jaringan secret societies yang wujud seperti Fabian Society adalah bersifat global dan tidak terhad kepada institusi strategik di dalam negara sahaja. Fabian Society juga memiliki jaringan dengan kelompok elit global seperti Sir Arthur Balfour, Lord Rosebery, Julius Wernher dan Lord Rothschild. Selain itu, kelompok elit dalam Fabian Society yang dikenali dengan 'the big four' iaitu iaitu Sidney Webb, Beatrice Webb, Graham Wallas dan Bernard Shaw juga memiliki hubungan kekeluargaan atau persahabatan dengan kapitalis Yahudi seperti William Waldorf Astor.
Summary:
Please note that all contributions to IRISwiki may be edited, altered, or removed by other contributors. If you do not want your writing to be edited mercilessly, then do not submit it here.
You are also promising us that you wrote this yourself, or copied it from a public domain or similar free resource (see
IRISwiki:Copyrights
for details).
Do not submit copyrighted work without permission!
Cancel
Editing help
(opens in new window)
Navigation menu
Personal tools
Not logged in
Talk
Contributions
Create account
Log in
Namespaces
Page
Discussion
English
Views
Read
Edit
Edit source
View history
More
Search
Navigation
Main page
Recent changes
Random page
Help about MediaWiki
Tools
What links here
Related changes
Special pages
Page information